Friday, October 19, 2012

Aurat

Posted by azimallaudin at 2:45 AM 0 comments
Assalamualaikum...

Selalu kita dengar pakai tudung...pakai tudung dan... pakai tudung... Tapi pernah tak kita fahami tuntutan agama yang sebenarnya? Adakah Islam menyuruh muslimahnya memakai tudung?

Pengetahuan agama saya amat cetek jadi maaf kalau saya salah. 

Tapi saya rasa Islam tidak menuntut muslimahnya memakai tudung tetapi menutup aurat. Sebab apa saya cakap macam tu? Cuba lihat keliling kita... adakah memakai tudung itu jaminan seseorang itu menutup aurat? Tak kan? Selalu sahaja terlihat wanita memakai tudung tapi bajunya kadang-kadang jarang menampakkan susuk tubuh, ada yang memakai lengan 3 suku tidak menutupi pergelangan tangannya dan kadang-kadang terlalu pendek sampai boleh nampak bulu ketiak... memakai jeans yang ketat sehingga terlihat susuk kaki persis model dan paling common, kaki terdedah tak ditutupi dengan stoking...

Tapi yang pasti jika seseorang itu menutup aurat pasti dia akan memakai tudung. Betul kan? Saya sendiri pun masih tidak menutup aurat dengan sempurna. Sebab apa? Tak ada apa-apa alasan pun cuma rasa macam tidak terbuka hati memikirkan perkara aurat ni sebagai suatu perkara yang amat berat dan perkara yang antaranya membezakan saya dengan wanita bukan Islam yang lain.

Hari Khamis lalu saya ke kelas memakai skirt labuh, baju labuh dan longgar dengan lengan panjang sehingga pergelangan dan selendang yg cukup besar bila dililit-lilit masih cukup menutup dada dan belakang saya. Perasaan saya? Rasa sangat cantik, selamat, terpelihara dan yang paling penting, rasa tenang sebab hampir sempurna saya menutup aurat dihadapan lelaki yang bukan mahram saya.

Saya pernah berazam "bila dah ada anak nanti baru nak pakai labuh-labuh dan cukup untuk menutup aurat"

Saya tiba-tiba terfikir, kenapa nak tunggu dah jadi isteri atau mama baru saya nak mula menyempurnakan pemeliharaan aurat saya ni? Kenapa tak lakukakan sahaja sekarang?

Insyallah...

Saya berdoa agar diberikan kekuatan dan ketetapan hati untuk menutup aurat dengan sempurna bukan untuk suami atau anak saya, bukan juga untuk bapak dan sesiapa pun... Tapi untuk kebaikan diri saya juga.

Saya juga doakan anda dibukakan pintu hati untuk melakukan perubahan pada diri anda.


Wednesday, October 10, 2012

Marriage...

Posted by azimallaudin at 8:38 PM 4 comments
Don't get married because the dresses are stunning with the beautiful laces and shinning beads...

Don't get married because wedding photographers are getting more creative nowadays and they produce amazing pictures...

Don't get married because most of your friends or family members are married...

Don't get married because Mak Cik Jemah and Pak Sood are being busy body and being asking when are you getting married... and just to shut their mouths...

Because behind all this awesome and amazing and beautiful things on your wedding day, lie great responsibilities... and it won't be as stunning as your wedding dresses or pictures anymore...

It takes great effort to make a marriage last... great responsibilities... u have to tolerate each other strengths and weaknesses...




Monday, October 1, 2012

Life as a Student

Posted by azimallaudin at 3:56 AM 0 comments
Alhamdulillah...

Tercapai jugak cita-cita nak sambung Masters... Saya dapat confirmation dah lama. Even before pregnant lagi. Masa dapat surat tu jakun jap sebab hari-hari baca surat tu :P

Dan mula la planning ngan husband berapa yang harus kami simpan setiap bulan untuk bayar tuition fee. And speaking of tuition fee, ada perkara yang amat mengecewakan saya dan beberapa rakan sekelas yang lain. Ini adalah semester pertama U ini mengenakan credit fee untuk programme yang saya ambil. Saya tak marah mereka nak kenakan credit fee. Tapi perkara ini langsung tidak dinyatakan di mana-mana baik dalam surat tawaran mahupun website dan saya cuma dapat tahu pada hari pendaftaran sahaja. Tu pun lepas diberitahu oleh kawan ayah. Mula-mula dengar saya ingatkan credit fee adalah per subject, so xpe lagi. Tapi lepas kawan ayah explain, baru la saya paham. Ianya bermaksud jumlah yang dinyatakan (dalam kes saya, RM200 per credit) adalah per hour. Jadi kalau 1 subject 3 jam =RM200 x 3 jam=RM600 per subject. Untuk saya yang tidak berkerja dan ditanggung sepenuhnya oleh husband, jumlah tersebut agak mahal sebab setiap semester saya harus membayar credit fee+basic fee yang sekurang-kurangnya RM3 ribu per semester. Kaya betoi laki haku weh.pfffttt...

Ada kawan-kawan saya yang langsung tidak mengetahui pasal credit fee ni sebab memang langsung tidak diberitahu oleh sesiapa pun tentang hal ni. Dan updates di website universiti pasal hal ni pun lambat lepas students dah masuk. Semua mula aware bila status kami sebagai student dah "drop" gara-gara tidak menjelaskan credit fee tersebut. 

Ini adalah tanggungjawab universiti untuk maklumkan pada students tentang perkara-perkara yang amat penting seperti ini. Saya telah menulis complain secara rasmi berkaitan perkara ini. Harap orang yang bertanggungjawab baca dan respond la sket dengan email saya.

............................................................................................................................................................

Pengalaman selepas 4 minggu bergelar student...

Dengan perut yang semakin membesar dan kaki yang kerap rasa kebas, memang sangat penat. Tak boleh nak bayangkan wanita-wanita berkerjaya diluar sana yang gigih berkerja dalam masa yang sama sambung belajar dengan keadaan sarat mengandung dan ada anak dan keluarga yang perlu diuruskan... dan paling penting, masih mampu score every semester... Memang tabik spring la kat mereka :)

Apa-apa pun, saya masih lagi enjoy dengan status baru sebagai student (and x lama lagi tambah status lagi)... dapat lepas rindu nak kejar dateline untuk assignment, class and diri (and husband) :D doakan saya berjaya habiskan ye :)

Assalamualaikum :)
 

I Believe, I Share Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos