Friday, August 31, 2012

Makan & Pregnancy

Posted by azimallaudin at 9:22 PM 0 comments
Saya amalkan makan tiga benda semasa pregnant dan semuanya adalah makanan-makanan sunnah yang banyak disebutkan dalam hadis-hadis dan al-quran.

1) Kurma
2) Kismis
3) Madu asli

Semuanya saya amalkan makan diawal pagi sebelum memakan makanan lain. Khasiat makanan-makanan tersebut memang banyak dan amat baik bukan sahaja untuk ibu tapi anak dalam kandungan juga.

Semoga kita mendapat barakah dengan mengamalkan perkara-perkara sunnah :)


Monday, August 27, 2012

Raya Sederhana

Posted by azimallaudin at 5:55 AM 0 comments
Assalamualaikum

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin

Teringat hari raya pertama hari tu. Bapak n mama pesan kalau nak mintak maaf lebih baik kita sebutkan atas kesalahan apa yang kita mahu dimaafkan. Ok... Kalau macam tu sampai raya tahun depan pun tak abes mintak maaf lagi :D

Raya tahun lepas memang tak rasa excited langsung sebab masa tu busy sangat-sangat ngan persiapan kawen. teheee :D

Raya tahun ni memang excited sebab raya bersama family saya (yeayyyy :D) n husband.

Saya rasa dalam banyak-banyak raya. raya tahun ni adalah raya favourite saya sebab terasa family saya sangat bersederhana dalam persiapan kali ni. Dah tak ada lagi makanan penuh meja dan last skali mesti ada yang terbuang. First day raya mama just buat nasi beriani. kari kambing (rumah mamak wajib ada ) and rendang ayam sahaja. Kuih sikit-sikit yang saya dan kakak beli serta chocolates hasil buruan saya dan mama di kilang Beryll's di Serdang Jaya :D

 Raya tahun  ni jugak kurang memenatkan sebab belum ada lagi yang buat kerja gila menjemput kawan-kawan secara berkumpulan (ramai-ramai).

Memang saya terlalu suka raya tahun ni sebab rasa lebih relaks and lebih bersederhana dari raya sebelum ni. Hopefully akan datang pun macam ni jugak :D

Jadi betullah orang kata "less is more" :D

Lesson learnt: amalkan bersederhana

Saya mohon ampun atas kesilapan saya berkasar dengan kamu, terguris dengan kata-kata saya atau apa sahaja yang menyinggung perasaan kamu.


Sunday, August 12, 2012

Kuih Lopes Kencing Manis

Posted by azimallaudin at 7:20 AM 0 comments
First day puasa mengidam sangat-sangat nak makan kuih lopes ni. Dengan harapan menggunung tinggi, saya dan husband pun serbu la bazar Ramadha dekat sebelah balai polis Seri Serdang tuh. Ada 1 je kedai jual kuih lopes ni. Expectation tak tinggi sangat la sebab tau kalau beli ni selalunya tak sedap mana pun. Tapi saya harap ada rasa kuih lopes sket. Tapi, macam biasa la... harapan tinggal harapan. Dengan pulut yang tak masak betul and air gula yang (orang kedah kata) tawaq-hebiaq... frustrated sangat-sangat. Jadi saya pun berazam nak buat sendiri.

Cari punya cari, dapat la resepi from here.

Here's the recipe:

Bahan-bahan:

2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan
1 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh garam
beberapa titik pewarna hijau
kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam

Bahan-bahan untuk air gula

3 ketul gula melaka
5 sudu besar gula
3 cawan air

Cara-cara:

1) Basuh beras pulut dan tapis air
2) Rendam dengan air kapur, 2-3 titik pewarna hijau dan air selama at least 3 jam

Ni lah rupanya bila dah rendam dengan air kapur & pewarna
3) After 3 hours, mula siapkan bahan-bahan untuk mengukus.
4) Tapis air rendaman tadi.
5) Kukus beras pulut tadi selama 20 minit (memang kukus kering tak yah letak bahan yang lain dulu)


Hasilnya lepas kukus kering


6) Kisar 3-4 helai daun pandan dengan 1/2 hingga 1 cawan air. Tapiskan macam dalam gambar kat bawah nih:

7) Campurkan air pandan, santan cair dan garam dengan beras pulut yang telah dikukus tadi.
8) Kukus lagi selama 30-45 minit.


9) Sejukkan sekejap lepas siap kukus. 


10) (Yang ni memang fail sket) Letak dalam plastik, padatkan dan potong ikut bentuk dan size yg kamu suka. 
11) Golekkan dalam kelapa dan hidang dalam pinggang

Cara-cara nak buat air gula:

*saya cuma tambah 2 sudu besar gula biasa sebab tak suka manis sangat

1) Campurkan gula melaka, gula dan air kedalam periuk. Masak dengan api perlahan. Kacau sekali-sekala.
(Boleh kurangkan gula kalau tak suka manis atau pun lebihkan air).

Dan hasilnya (gambar air gula takdak sebab tengah masak time ni) ...................


Memang puas hati sebab sangat lembut dan cukup rasa. Tibai cukup-cukup malam tu :)

*kenapa nama dia lopes kencing manis? tengok la gula banyak mana weh :P

Selamat Mencuba :)

Wednesday, August 8, 2012

Entry Suka-suka

Posted by azimallaudin at 9:13 PM 0 comments
Assalamualaikum

Dah lama tak post apa-apa... Bukan takda idea tapi internet down for about a week. But seriously I don't seem to mind because I have just received 3 new novels as a surprise gift.


Hip Hip Hoooooooooooooooorayyy :D


Insyallah saya akan post entry yang lebih berisi next time.

Oh ya... Bagaimana persiapan anda mencari lailatulqadar? Ramadhan pun dah hampir berakhir. Bagaimana pengisian Ramadhan kali ni? Adakah lebih baik dari sebelumnya? Jangan panik kalau anda masih lagi tidak melakukan perubahan berbanding bulan-bulan sebelumnya. Rebutlah hari-hari terakhir ni dengan pengisian lebih bermanfaat.

Selamat menunaikan ibadah puasa untuk semua.



Friday, August 3, 2012

Khusyu' Dalam Solat (Bhg 1)

Posted by azimallaudin at 4:13 PM 0 comments
Pernah tak bila sesuatu terjadi pada kamu, kamu mula terfikir "aku berdoa setiap hari dan setiap waktu.  Solat 5 waktu sehari semalam tak tinggal. Tapi kenapa Allah s.w.t masih tak mendengar?" dan rasa ragu-ragu dan pelbagai lagi timbul dan kamu pun mula was-was akan kewujudan-Nya. 

Tapi pernahkah kamu berfikir apakah yang membuatkan doa kamu itu didengari atau tidak oleh Allah? Kenapa ada orang mudah sahaja mendapat apa yang dipinta dan ada yang menunggu begitu lama untuk dimakbulkan doanya?

Bagaimana pula kesungguhan kamu semasa berdoa? Pernah terfikir tentang kesungguhan kamu dalam meminta kepada-Nya?

Cuba fikir... kalau didunia ini pun kadang-kadang susah untuk mendapat apa yang kamu pinta. Kadang-kadang terpaksa merayu dan melakukan pelbagai perkara untuk memberikan keyakinan akan kelayakan kamu memiliki apa dipinta, apatah lagi dengan Pencipta kita... Allah s.w.t...

Begitulah juga solat. Kalau solat tidak khusyu', maka kuranglah sikit keyakinan-Nya terhadap kesungguhan kamu dalam apa yang kamu minta.

Tapi bukan mudah untuk mendapat khusyu' didalam solat. Kan? 

Entry ini akan ada sequel sebab mustahil untuk berkongsi semua tips dalam 1 entry kan? :) (boleh koma lepas baca kalau semua dalam satu entry)

#Tips 1

Saya teringat salah satu episod dalam 30 Minit Bersama Ustaz Don melalui channel Al-Hijrah di Astro (tak ingat episod berapa). Salah satu perkara yang Ustaz Don sentuh adalah berkaitan mental preparation even sebelum memulakan solat. 

Mesti selalu berlaku kepada kamu (dan saya juga), tengah-tengah solat tiba-tiba teringat nak angkat baju la, buat air untuk husband la... dan macam-macam lagi kerja. Kan???

Dah... itulah salah satu punca kita tidak khusyu' didalam solat. Kerana mental masih lagi terbeban dengan tanggungjawab yang lain yang dirasakan perlu diselesaikan lebih dahulu. 

Kata Ustaz Don, kalau begitu, lebih baik kalau kita selesaikan dahulu tugas-tugas tersebut agar mental lebih mudah focus pada solat. Kalau perlu panaskan lauk, buat dulu... Kalau nak terkencing atau terkentut pun buat dulu... Jangan tahan-tahan sebab ianya boleh menyebabkan kita tidak khusyu' dalam solat.

Sounds legit, aite?

Jadi lepas ni, cuba lakukan sedikit perubahan dengan membuat mental preparation even before ambil wudhu' pun. 

Marilah kita sama-sama mencari keredhaan Allah s.w.t

(Saya bukan pakar dalam bidang agama. Saya juga masih belajar dan berusaha untuk mencapai khusyu' didalam solat. Jadi saya rasa tak salah berkongsi apa sahaja tips yang diperoleh untuk tujuan ini kan???)

Hilangkan Bau Ketiak

Posted by azimallaudin at 7:14 AM 0 comments
Nak hilangkan bau badan or ketiak (or body odor)?

1) Ambil limau nipis sebiji. 

2) Potong macam nak perah dalam sirap limau tu.

3) Masa mandi, lepas sabun, ambil sehiris dan gosokkan pada sebelah ketiak dan ulang untuk ketiak yang satu lagi kemudian bilas. 

4) Amalkan 2 kali sehari. Insyallah tak yah dah beli deodorant.



Selamat Mencuba :)


Wednesday, August 1, 2012

Beli atau Buat?

Posted by azimallaudin at 10:21 PM 0 comments
Pernah korang rasa macam nak makan something (mengidam tahap boleh nangis air mata darah kalau x dapat) and decided to just buy it sebab lebih senang or cepat dari buat sendiri? 

But bila dah beli rasa frustrated teramat sangat... rasa memang tak sedap langsung and harga melampau-lampau plak? 

SELALU!!! (almost setiap kali berkunjung ke pasar malam or bazaar Ramadhan)

Because I do feel that all the time sampai dah jadi mindset tak nak gi bazaar Ramadhan dah sebab ramai peniaga yang lebih mementingkan untung dari kualiti barang...

...and because of that, bila mengidam nak makan something saya akan berusaha jugak buat sendiri benda yang nak dimakan. Tak kisah la dapur akan jadi macam tongkang pecah atau pun baru lepas dikunjungi tsunami tapi lebih puas hati bila penat lelah terbayar dengan rasa makanan yang sedap and orang sekeliling menggilai hidangan tersebut.

Insyallah saya akan cuba kongsi projek main masak-masak saya dalam entry akan datang (kalau ada la).

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum :)
 

I Believe, I Share Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos