Showing posts with label Ibadah. Show all posts
Showing posts with label Ibadah. Show all posts

Friday, October 19, 2012

Aurat

Posted by azimallaudin at 2:45 AM 0 comments
Assalamualaikum...

Selalu kita dengar pakai tudung...pakai tudung dan... pakai tudung... Tapi pernah tak kita fahami tuntutan agama yang sebenarnya? Adakah Islam menyuruh muslimahnya memakai tudung?

Pengetahuan agama saya amat cetek jadi maaf kalau saya salah. 

Tapi saya rasa Islam tidak menuntut muslimahnya memakai tudung tetapi menutup aurat. Sebab apa saya cakap macam tu? Cuba lihat keliling kita... adakah memakai tudung itu jaminan seseorang itu menutup aurat? Tak kan? Selalu sahaja terlihat wanita memakai tudung tapi bajunya kadang-kadang jarang menampakkan susuk tubuh, ada yang memakai lengan 3 suku tidak menutupi pergelangan tangannya dan kadang-kadang terlalu pendek sampai boleh nampak bulu ketiak... memakai jeans yang ketat sehingga terlihat susuk kaki persis model dan paling common, kaki terdedah tak ditutupi dengan stoking...

Tapi yang pasti jika seseorang itu menutup aurat pasti dia akan memakai tudung. Betul kan? Saya sendiri pun masih tidak menutup aurat dengan sempurna. Sebab apa? Tak ada apa-apa alasan pun cuma rasa macam tidak terbuka hati memikirkan perkara aurat ni sebagai suatu perkara yang amat berat dan perkara yang antaranya membezakan saya dengan wanita bukan Islam yang lain.

Hari Khamis lalu saya ke kelas memakai skirt labuh, baju labuh dan longgar dengan lengan panjang sehingga pergelangan dan selendang yg cukup besar bila dililit-lilit masih cukup menutup dada dan belakang saya. Perasaan saya? Rasa sangat cantik, selamat, terpelihara dan yang paling penting, rasa tenang sebab hampir sempurna saya menutup aurat dihadapan lelaki yang bukan mahram saya.

Saya pernah berazam "bila dah ada anak nanti baru nak pakai labuh-labuh dan cukup untuk menutup aurat"

Saya tiba-tiba terfikir, kenapa nak tunggu dah jadi isteri atau mama baru saya nak mula menyempurnakan pemeliharaan aurat saya ni? Kenapa tak lakukakan sahaja sekarang?

Insyallah...

Saya berdoa agar diberikan kekuatan dan ketetapan hati untuk menutup aurat dengan sempurna bukan untuk suami atau anak saya, bukan juga untuk bapak dan sesiapa pun... Tapi untuk kebaikan diri saya juga.

Saya juga doakan anda dibukakan pintu hati untuk melakukan perubahan pada diri anda.


Friday, August 3, 2012

Khusyu' Dalam Solat (Bhg 1)

Posted by azimallaudin at 4:13 PM 0 comments
Pernah tak bila sesuatu terjadi pada kamu, kamu mula terfikir "aku berdoa setiap hari dan setiap waktu.  Solat 5 waktu sehari semalam tak tinggal. Tapi kenapa Allah s.w.t masih tak mendengar?" dan rasa ragu-ragu dan pelbagai lagi timbul dan kamu pun mula was-was akan kewujudan-Nya. 

Tapi pernahkah kamu berfikir apakah yang membuatkan doa kamu itu didengari atau tidak oleh Allah? Kenapa ada orang mudah sahaja mendapat apa yang dipinta dan ada yang menunggu begitu lama untuk dimakbulkan doanya?

Bagaimana pula kesungguhan kamu semasa berdoa? Pernah terfikir tentang kesungguhan kamu dalam meminta kepada-Nya?

Cuba fikir... kalau didunia ini pun kadang-kadang susah untuk mendapat apa yang kamu pinta. Kadang-kadang terpaksa merayu dan melakukan pelbagai perkara untuk memberikan keyakinan akan kelayakan kamu memiliki apa dipinta, apatah lagi dengan Pencipta kita... Allah s.w.t...

Begitulah juga solat. Kalau solat tidak khusyu', maka kuranglah sikit keyakinan-Nya terhadap kesungguhan kamu dalam apa yang kamu minta.

Tapi bukan mudah untuk mendapat khusyu' didalam solat. Kan? 

Entry ini akan ada sequel sebab mustahil untuk berkongsi semua tips dalam 1 entry kan? :) (boleh koma lepas baca kalau semua dalam satu entry)

#Tips 1

Saya teringat salah satu episod dalam 30 Minit Bersama Ustaz Don melalui channel Al-Hijrah di Astro (tak ingat episod berapa). Salah satu perkara yang Ustaz Don sentuh adalah berkaitan mental preparation even sebelum memulakan solat. 

Mesti selalu berlaku kepada kamu (dan saya juga), tengah-tengah solat tiba-tiba teringat nak angkat baju la, buat air untuk husband la... dan macam-macam lagi kerja. Kan???

Dah... itulah salah satu punca kita tidak khusyu' didalam solat. Kerana mental masih lagi terbeban dengan tanggungjawab yang lain yang dirasakan perlu diselesaikan lebih dahulu. 

Kata Ustaz Don, kalau begitu, lebih baik kalau kita selesaikan dahulu tugas-tugas tersebut agar mental lebih mudah focus pada solat. Kalau perlu panaskan lauk, buat dulu... Kalau nak terkencing atau terkentut pun buat dulu... Jangan tahan-tahan sebab ianya boleh menyebabkan kita tidak khusyu' dalam solat.

Sounds legit, aite?

Jadi lepas ni, cuba lakukan sedikit perubahan dengan membuat mental preparation even before ambil wudhu' pun. 

Marilah kita sama-sama mencari keredhaan Allah s.w.t

(Saya bukan pakar dalam bidang agama. Saya juga masih belajar dan berusaha untuk mencapai khusyu' didalam solat. Jadi saya rasa tak salah berkongsi apa sahaja tips yang diperoleh untuk tujuan ini kan???)

Tuesday, July 31, 2012

Saham Dunia-Akhirat

Posted by azimallaudin at 4:58 PM 1 comments
Alhamdulillah...

Lepas beberapa hari berkira-kira nak ada blog ke tak yah... Akhirnya dengan bantuan suami, ada jugak :)

Perasan tak macam mana saya mulakan entry ini? Dengan menyebut kalimah memuji Allah s.w.t... 

Pernah tak anda mengalami situasi bila orang mengucapkan kalimah-kalimah yang memuji Allah, atau apabila seseorang menegur atau memuji kita masa anda nak buat baik atau jahat, dan masa tu anda fikir "macam la dia tu baik sangat" atau pun lantang saja anda menjawab "ko pon tak la baik mana... xyah sibuk la" atau yang paling common dan CLICHE "kubur masing-masing la... takyah sibuk la"...

Mesti pernah kan? Sebab saya pun suatu ketika dulu selalu saja mengalami situasi tersebut... menegur atau bila ditegur... maklum la... zaman tak matang lagi masa tu :)

Alhamdulillah... Allah bukakan pintu hati saya melihat perkara ni dari satu perspektif berbeza...

Bagi saya, Islam itu sememangnya agama yang tidak mengajar umatnya menjadi selfish tapi lebih muafakat... Kenapa???

Sebab bagi saya kita sentiasa berkongsi saham sesama sendiri keatas setiap yang berlaku disekeliling kita. Maksudnya?

Contoh 1:

Isteri atau anak perempuan keluar rumah tak tutup aurat dengan sempurna

*Bukan sahaja mereka mendapat malah SUAMI, AYAH, ABANG ATAU ADIK LELAKI pon kongsi dosa kalau tidak menegur dan bertegas mereka menutup aurat. Mereka ini boleh digolongkan dalam kumpulan lelaki yang dayus (baca entry ni)... belum kira lagi lelaki-lelaki diluar yang dengan sengaja melihat aurat mereka ini... Masyallah...

Bukan saja dosa dikongsi bersama, tapi pahala pun turut dikongsi.

Contoh 2:

Isteri bersusah payah sediakan pakaian untuk suami nak gi sembahyang Jumaat.

*Isteri pun dapat pahala ibadat suami sebab tolong sediakan pakaian solat suami...

Dan banyak lagi...

Masyallah... 

Jadi lepas ni, kalau ada yang menegah atau mengajak kita melakukan kemungkaran atau kebaikan, ingat ya... kubur memang lain-lain tapi saham tetap ada :)

Assalamualaikum


 

I Believe, I Share Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos