Thursday, September 20, 2012

Skirt Idaman

Posted by azimallaudin at 7:12 PM 0 comments
Ok... dah lama nak beli skirt tapi dengan keadaan perut yg jauh kedepan, proses mencari jadi susah sket. Tapi, kunjungan raya ke rumah Rad tak sia-sia sebab sambil beraya sambil borong sakan. Saya beli 3 skirt trus. Hehehehe :D ske sangatttt :D

Dan salah satu hasil rembatan pada hari raya...

Tudung bawal by Jln. TAR je
Brown Inner by F.O.S
Purple Cardigan by MNG
Pink Skirt by Gonna Carina Skirt


Review untuk skirt

Saya suka sangat2 sebab dia pakai getah so lebih flexible. Materials yang digunakan pun agak best sebab untuk lining they use jersey material kot. Tebal tapi tak panas. Cuma sebab skirt tu saya beli yang ready stock punya, agak labuh tapi takdak hal... boleh potong je :) Overall, sangat-sangat berpuas hati ye :)


Honeymoon

Posted by azimallaudin at 8:00 AM 2 comments
After being married for about 10 months, I still have not gone for honeymoon... But I'm craving for it. These are among the things I have in mind:

1. Go to Melaka (the place where we met n (poyonye) menyulam kasih (yekkk)), and do whatever we can but for sure, we gonna eat at these places: Nasi Lemak Limbongan, Apple Crumble and Banana Sundae at Limau-Limau Cafe, Asam Laksa/Nyonya Laksa Jonker, Brownies Calanthe Jonker, Asam Pedas Kota Laksama, Cendol Jam Merah and a secret cafe we found along the river and so many other places to eat and by night, just check-in at any cheap hotels and leave the next day.


2. Go to one of the islands in Malaysia and just spend our day and night there (I am not able to walk around and do many activities nowadays).

3. Go to Perak and visit Gua Tempurung (which I know is not going to happen in the near future).

4. Check in at any hotel nearby my house for a day, pamper ourselves with whatever we can... (ini plan yang paling kesian)

Bilakah??? 

... hopefully ada kesempatan sebelum bersalin :)

Wednesday, September 19, 2012

PJJ

Posted by azimallaudin at 9:39 PM 3 comments
If you are (just) married, u'll surely know what I'm trying to say here...

Saya kini menjalinkan hubungan jarak jauh dengan husband. He's teaching in Terengganu and I am doing my master in Selangor (yeay :) alhamdulillah). We just get to see each other on the weekend, but yet, not every weekend... Susah tau dok jauh-jauh ni...

Untuk mengubat kerinduan, saya tengok gambar kawen kami berjuta-juta kali... and even though dah tengok banyak kali pun, still nangis jugak. teheeee :D

"Semoga Allah s.w.t berikan kekuatan dan ketabahan kepada kami berdua untuk memelihara perkahwinan ini"


P.S: Baby sangat aktif bila saya dalam kelas. Hopefully baby suka belajar macam saya jugak dan jadi orang yang cerdik pandai :P

P.P.S: Kelas amat memenatkan. Tapi itu bukan sebab saya dah lama tak menulis. Saya takda idea... Mungkin kene duduk Terengganu baru dapat menulis dengan best kot :P

Friday, August 31, 2012

Makan & Pregnancy

Posted by azimallaudin at 9:22 PM 0 comments
Saya amalkan makan tiga benda semasa pregnant dan semuanya adalah makanan-makanan sunnah yang banyak disebutkan dalam hadis-hadis dan al-quran.

1) Kurma
2) Kismis
3) Madu asli

Semuanya saya amalkan makan diawal pagi sebelum memakan makanan lain. Khasiat makanan-makanan tersebut memang banyak dan amat baik bukan sahaja untuk ibu tapi anak dalam kandungan juga.

Semoga kita mendapat barakah dengan mengamalkan perkara-perkara sunnah :)


Monday, August 27, 2012

Raya Sederhana

Posted by azimallaudin at 5:55 AM 0 comments
Assalamualaikum

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin

Teringat hari raya pertama hari tu. Bapak n mama pesan kalau nak mintak maaf lebih baik kita sebutkan atas kesalahan apa yang kita mahu dimaafkan. Ok... Kalau macam tu sampai raya tahun depan pun tak abes mintak maaf lagi :D

Raya tahun lepas memang tak rasa excited langsung sebab masa tu busy sangat-sangat ngan persiapan kawen. teheee :D

Raya tahun ni memang excited sebab raya bersama family saya (yeayyyy :D) n husband.

Saya rasa dalam banyak-banyak raya. raya tahun ni adalah raya favourite saya sebab terasa family saya sangat bersederhana dalam persiapan kali ni. Dah tak ada lagi makanan penuh meja dan last skali mesti ada yang terbuang. First day raya mama just buat nasi beriani. kari kambing (rumah mamak wajib ada ) and rendang ayam sahaja. Kuih sikit-sikit yang saya dan kakak beli serta chocolates hasil buruan saya dan mama di kilang Beryll's di Serdang Jaya :D

 Raya tahun  ni jugak kurang memenatkan sebab belum ada lagi yang buat kerja gila menjemput kawan-kawan secara berkumpulan (ramai-ramai).

Memang saya terlalu suka raya tahun ni sebab rasa lebih relaks and lebih bersederhana dari raya sebelum ni. Hopefully akan datang pun macam ni jugak :D

Jadi betullah orang kata "less is more" :D

Lesson learnt: amalkan bersederhana

Saya mohon ampun atas kesilapan saya berkasar dengan kamu, terguris dengan kata-kata saya atau apa sahaja yang menyinggung perasaan kamu.


Sunday, August 12, 2012

Kuih Lopes Kencing Manis

Posted by azimallaudin at 7:20 AM 0 comments
First day puasa mengidam sangat-sangat nak makan kuih lopes ni. Dengan harapan menggunung tinggi, saya dan husband pun serbu la bazar Ramadha dekat sebelah balai polis Seri Serdang tuh. Ada 1 je kedai jual kuih lopes ni. Expectation tak tinggi sangat la sebab tau kalau beli ni selalunya tak sedap mana pun. Tapi saya harap ada rasa kuih lopes sket. Tapi, macam biasa la... harapan tinggal harapan. Dengan pulut yang tak masak betul and air gula yang (orang kedah kata) tawaq-hebiaq... frustrated sangat-sangat. Jadi saya pun berazam nak buat sendiri.

Cari punya cari, dapat la resepi from here.

Here's the recipe:

Bahan-bahan:

2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan
1 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh garam
beberapa titik pewarna hijau
kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam

Bahan-bahan untuk air gula

3 ketul gula melaka
5 sudu besar gula
3 cawan air

Cara-cara:

1) Basuh beras pulut dan tapis air
2) Rendam dengan air kapur, 2-3 titik pewarna hijau dan air selama at least 3 jam

Ni lah rupanya bila dah rendam dengan air kapur & pewarna
3) After 3 hours, mula siapkan bahan-bahan untuk mengukus.
4) Tapis air rendaman tadi.
5) Kukus beras pulut tadi selama 20 minit (memang kukus kering tak yah letak bahan yang lain dulu)


Hasilnya lepas kukus kering


6) Kisar 3-4 helai daun pandan dengan 1/2 hingga 1 cawan air. Tapiskan macam dalam gambar kat bawah nih:

7) Campurkan air pandan, santan cair dan garam dengan beras pulut yang telah dikukus tadi.
8) Kukus lagi selama 30-45 minit.


9) Sejukkan sekejap lepas siap kukus. 


10) (Yang ni memang fail sket) Letak dalam plastik, padatkan dan potong ikut bentuk dan size yg kamu suka. 
11) Golekkan dalam kelapa dan hidang dalam pinggang

Cara-cara nak buat air gula:

*saya cuma tambah 2 sudu besar gula biasa sebab tak suka manis sangat

1) Campurkan gula melaka, gula dan air kedalam periuk. Masak dengan api perlahan. Kacau sekali-sekala.
(Boleh kurangkan gula kalau tak suka manis atau pun lebihkan air).

Dan hasilnya (gambar air gula takdak sebab tengah masak time ni) ...................


Memang puas hati sebab sangat lembut dan cukup rasa. Tibai cukup-cukup malam tu :)

*kenapa nama dia lopes kencing manis? tengok la gula banyak mana weh :P

Selamat Mencuba :)

Wednesday, August 8, 2012

Entry Suka-suka

Posted by azimallaudin at 9:13 PM 0 comments
Assalamualaikum

Dah lama tak post apa-apa... Bukan takda idea tapi internet down for about a week. But seriously I don't seem to mind because I have just received 3 new novels as a surprise gift.


Hip Hip Hoooooooooooooooorayyy :D


Insyallah saya akan post entry yang lebih berisi next time.

Oh ya... Bagaimana persiapan anda mencari lailatulqadar? Ramadhan pun dah hampir berakhir. Bagaimana pengisian Ramadhan kali ni? Adakah lebih baik dari sebelumnya? Jangan panik kalau anda masih lagi tidak melakukan perubahan berbanding bulan-bulan sebelumnya. Rebutlah hari-hari terakhir ni dengan pengisian lebih bermanfaat.

Selamat menunaikan ibadah puasa untuk semua.



 

I Believe, I Share Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos