Monday, October 1, 2012

Life as a Student

Posted by azimallaudin at 3:56 AM
Alhamdulillah...

Tercapai jugak cita-cita nak sambung Masters... Saya dapat confirmation dah lama. Even before pregnant lagi. Masa dapat surat tu jakun jap sebab hari-hari baca surat tu :P

Dan mula la planning ngan husband berapa yang harus kami simpan setiap bulan untuk bayar tuition fee. And speaking of tuition fee, ada perkara yang amat mengecewakan saya dan beberapa rakan sekelas yang lain. Ini adalah semester pertama U ini mengenakan credit fee untuk programme yang saya ambil. Saya tak marah mereka nak kenakan credit fee. Tapi perkara ini langsung tidak dinyatakan di mana-mana baik dalam surat tawaran mahupun website dan saya cuma dapat tahu pada hari pendaftaran sahaja. Tu pun lepas diberitahu oleh kawan ayah. Mula-mula dengar saya ingatkan credit fee adalah per subject, so xpe lagi. Tapi lepas kawan ayah explain, baru la saya paham. Ianya bermaksud jumlah yang dinyatakan (dalam kes saya, RM200 per credit) adalah per hour. Jadi kalau 1 subject 3 jam =RM200 x 3 jam=RM600 per subject. Untuk saya yang tidak berkerja dan ditanggung sepenuhnya oleh husband, jumlah tersebut agak mahal sebab setiap semester saya harus membayar credit fee+basic fee yang sekurang-kurangnya RM3 ribu per semester. Kaya betoi laki haku weh.pfffttt...

Ada kawan-kawan saya yang langsung tidak mengetahui pasal credit fee ni sebab memang langsung tidak diberitahu oleh sesiapa pun tentang hal ni. Dan updates di website universiti pasal hal ni pun lambat lepas students dah masuk. Semua mula aware bila status kami sebagai student dah "drop" gara-gara tidak menjelaskan credit fee tersebut. 

Ini adalah tanggungjawab universiti untuk maklumkan pada students tentang perkara-perkara yang amat penting seperti ini. Saya telah menulis complain secara rasmi berkaitan perkara ini. Harap orang yang bertanggungjawab baca dan respond la sket dengan email saya.

............................................................................................................................................................

Pengalaman selepas 4 minggu bergelar student...

Dengan perut yang semakin membesar dan kaki yang kerap rasa kebas, memang sangat penat. Tak boleh nak bayangkan wanita-wanita berkerjaya diluar sana yang gigih berkerja dalam masa yang sama sambung belajar dengan keadaan sarat mengandung dan ada anak dan keluarga yang perlu diuruskan... dan paling penting, masih mampu score every semester... Memang tabik spring la kat mereka :)

Apa-apa pun, saya masih lagi enjoy dengan status baru sebagai student (and x lama lagi tambah status lagi)... dapat lepas rindu nak kejar dateline untuk assignment, class and diri (and husband) :D doakan saya berjaya habiskan ye :)

Assalamualaikum :)

0 comments:

Post a Comment

 

I Believe, I Share Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos