Monday, December 3, 2012

Kelahiran Dinantikan

Posted by azimallaudin at 5:41 AM
Akhirnya...

Selepas sebulan ditahan ward di Hospital Serdang, saya selamat melahirkan Muhammad Ubaid Bin Mohd Zulfahmi :)

Kalau ikotkan planning asal para doktor dan pakar O&G di hospital, saya akan melahirkan melalui procedure inducing (baca sini kalau nak tau lagi) kerana Expected Due Date masih jauh lagi (9 December 2012).

Pukul 3 pagi Dr datang untuk mengambil darah untuk disediakan bekalan di bilik bedah sekiranya berlaku kecemasan dan memerlukan doktor melalukan emergency caeserian. Dalam masa yang sama doktor terus cucuk jarum kat tangan untuk masukkan air selepas bersalin. Saya rasa proses ni sakit dan seksa sebab sangat terbatas pergerakan sebab tangan tak boleh nak bengkok sangat. Nak makan, mandi dan apa sahaja terasa sangat susah dan rasa disable kejap sebab kena mintak bantuan orang buat banyak benda untuk saya.

Pukul 5 pagi nurse datang mintak saya bersedia untuk diperiksa dan procedure akan dimulakan. Berdebar-debar sangat sebab kebetulan jumpa sorang lagi patient lain yang dah kene induced dah 3 hari tapi masih belum  melahirkan sebab "Gerbang Kebahagiaan (GK)" belum terbuka dan rahim masih lagi tebal. Akak tu cakap sakit sangat-sangat. Tu yang buat lutut tiba-tiba longgar :P

Akhirnya sampai turn saya untuk diperiksa. Kali ni saya lebih relax berbanding kali pertama diperiksa. Tapi doktor memang ganas. Sakit sangat-sangat rasa macam nak terajang je. Tapi bila doktor explain dia periksa dan dalam masa yang sama terus tolong bukakan sikit GK. Kebetulan masa saya baring, saya terus mula rasa contraction. So doktor tak jadi induce sebab GK pun dah terbuka dan sign of contraction pon agak kuat. Puihhhh... alhamdulillah... lega :)

Seharian tu saya sakit sikit dan sekejap-sekejap je. Semua macam biasa kecuali pergerakan terbatas. Sampailah petang lebih kurang pukul 6, saya mula kerap rasa sakit dan lebih sakit dari pagi. Menggelupur jugak la. Serba tak kena. Bangun, jalan, tidur, serba serbi tak kena. Selalu jugak update mama perkembangan.

*selingan: SMS mama tanya datang tak hospital, mama cakap "tak pi boleh dak? mama tak sampai hati tengok girl sakit"... terus bergelen-gelen air mata keluar :P

Malam lebih kurang pukul 9 saya dah tak tahan sakit. Terus mintak doktor check dah nak bersalin ke apa :P doktor cakap perkembangan cuma 1 cm sahaja. Kecewa sebab saya sangat berharap dah boleh dihantar ke labour room sebab nak cepat selesai sebab tak tahan sangat dah.

Saya mintak painkiller. Tunggu dan panggil nurse banyak kali tapi tak dilayan (masa ni memang sakit hati tapi sabar tak nak maki orang time-time camni). Akhirnya lebih kurang pukul 12 tengah malam baru nurse datang untuk pasang mesin CTG nak check keadaan baby dan contraction. Masa tengah buat saya mengamuk tak nak buat dah mintak nurse alihkan mesin sebab sakit yang tak tertanggung dah. Nurse terus check dan announce GK dah terbuka sampai 6cm lebih dan minta saya bersedia untuk dibawa ke labour room.

Kebetulan husband pun ada dekat situ masa tu, terus dia pon cepat-cepat ambil barang baby dan turun tunggu dibawah.

Akhirnya, selepas bertarung nyawa dari jam 12.30 a.m, saya selamat melahirkan Ubaid pada jam 2.45 a.m.

Tapi belum berakhir lagi proses melahirkan ni...

Tiba la part yang paling mengerikan... JAHIT-MENJAHIT... disebabkan saya mengalami beberapa masalah semasa meneran banyak jugak jahitan yang saya terima. Memang azab sangat-sangat. Nurse siap bagi warning lagi sakit sangat sebab jahit mentah-mentah tak ada bius, painkiller or epidural. So memang sakit sangat ok.

Habis menjahit, ada lagi... doktor datang check jahitan dan darah kotor takot-takot ada yang masih tertinggal kat dalam. Kalau ada memang bahaya.

Dan akhirnya... saya dibawa keluar dari labour room dan tunggu baby siap screening. Hampir pukul 4 a.m baru kami dibawa naik ke ward. Masa tu memang letih sangat-sangat sampai tak rasa nak tido sebab terlalu letih. Saya juga tak selesa sebab masih terasa sakit jahitan.

Nasib baik husband sentiasa disisi. Dia la yang banyak menolong dan menenangkan. Tapi syukur sangat-sangat akhirnya semuanya selesai.

Alhamdulillah :)

Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan baby.

Love,
Azim

6 comments:

Angelina on December 3, 2012 at 6:04 AM said...

Wow! You're a great woman Azim. Congratulations to you and hubby. Hope you'll get well soon. Love from Angel :)

Siti Zakaria on December 3, 2012 at 8:20 AM said...

aku mengalami masalah yg sama nama bapa mohd. nama anak nak eja betul2 muhammad... dah tak sama.. tak syok la....

Siti Zakaria on December 3, 2012 at 8:21 AM said...

aku mengalami masalah yg sama nama bapa mohd. nama anak muhammad...

Adderly Shahrul on December 3, 2012 at 10:21 PM said...

I cringed most of the time reading this. Haha.

Hannah Suhaili said...

Much respected Azim. Berdebar2 baca your post. Congrats! Tak sabar nak tengok baby Ubaid!

azimallaudin on December 6, 2012 at 3:44 AM said...

hana: come la. ur sis dah dtg hari tu :)

addy: n y is that??? :P (not like u gonna have to go through this process :P)

siti: ak x rasa benda tu masalah pon sbb yg penting sebutan :P

angel: thanksssss :D

Post a Comment

 

I Believe, I Share Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos