Friday, August 3, 2012

Khusyu' Dalam Solat (Bhg 1)

Posted by azimallaudin at 4:13 PM
Pernah tak bila sesuatu terjadi pada kamu, kamu mula terfikir "aku berdoa setiap hari dan setiap waktu.  Solat 5 waktu sehari semalam tak tinggal. Tapi kenapa Allah s.w.t masih tak mendengar?" dan rasa ragu-ragu dan pelbagai lagi timbul dan kamu pun mula was-was akan kewujudan-Nya. 

Tapi pernahkah kamu berfikir apakah yang membuatkan doa kamu itu didengari atau tidak oleh Allah? Kenapa ada orang mudah sahaja mendapat apa yang dipinta dan ada yang menunggu begitu lama untuk dimakbulkan doanya?

Bagaimana pula kesungguhan kamu semasa berdoa? Pernah terfikir tentang kesungguhan kamu dalam meminta kepada-Nya?

Cuba fikir... kalau didunia ini pun kadang-kadang susah untuk mendapat apa yang kamu pinta. Kadang-kadang terpaksa merayu dan melakukan pelbagai perkara untuk memberikan keyakinan akan kelayakan kamu memiliki apa dipinta, apatah lagi dengan Pencipta kita... Allah s.w.t...

Begitulah juga solat. Kalau solat tidak khusyu', maka kuranglah sikit keyakinan-Nya terhadap kesungguhan kamu dalam apa yang kamu minta.

Tapi bukan mudah untuk mendapat khusyu' didalam solat. Kan? 

Entry ini akan ada sequel sebab mustahil untuk berkongsi semua tips dalam 1 entry kan? :) (boleh koma lepas baca kalau semua dalam satu entry)

#Tips 1

Saya teringat salah satu episod dalam 30 Minit Bersama Ustaz Don melalui channel Al-Hijrah di Astro (tak ingat episod berapa). Salah satu perkara yang Ustaz Don sentuh adalah berkaitan mental preparation even sebelum memulakan solat. 

Mesti selalu berlaku kepada kamu (dan saya juga), tengah-tengah solat tiba-tiba teringat nak angkat baju la, buat air untuk husband la... dan macam-macam lagi kerja. Kan???

Dah... itulah salah satu punca kita tidak khusyu' didalam solat. Kerana mental masih lagi terbeban dengan tanggungjawab yang lain yang dirasakan perlu diselesaikan lebih dahulu. 

Kata Ustaz Don, kalau begitu, lebih baik kalau kita selesaikan dahulu tugas-tugas tersebut agar mental lebih mudah focus pada solat. Kalau perlu panaskan lauk, buat dulu... Kalau nak terkencing atau terkentut pun buat dulu... Jangan tahan-tahan sebab ianya boleh menyebabkan kita tidak khusyu' dalam solat.

Sounds legit, aite?

Jadi lepas ni, cuba lakukan sedikit perubahan dengan membuat mental preparation even before ambil wudhu' pun. 

Marilah kita sama-sama mencari keredhaan Allah s.w.t

(Saya bukan pakar dalam bidang agama. Saya juga masih belajar dan berusaha untuk mencapai khusyu' didalam solat. Jadi saya rasa tak salah berkongsi apa sahaja tips yang diperoleh untuk tujuan ini kan???)

0 comments:

Post a Comment

 

I Believe, I Share Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos