Monday, August 27, 2012

Raya Sederhana

Posted by azimallaudin at 5:55 AM
Assalamualaikum

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin

Teringat hari raya pertama hari tu. Bapak n mama pesan kalau nak mintak maaf lebih baik kita sebutkan atas kesalahan apa yang kita mahu dimaafkan. Ok... Kalau macam tu sampai raya tahun depan pun tak abes mintak maaf lagi :D

Raya tahun lepas memang tak rasa excited langsung sebab masa tu busy sangat-sangat ngan persiapan kawen. teheee :D

Raya tahun ni memang excited sebab raya bersama family saya (yeayyyy :D) n husband.

Saya rasa dalam banyak-banyak raya. raya tahun ni adalah raya favourite saya sebab terasa family saya sangat bersederhana dalam persiapan kali ni. Dah tak ada lagi makanan penuh meja dan last skali mesti ada yang terbuang. First day raya mama just buat nasi beriani. kari kambing (rumah mamak wajib ada ) and rendang ayam sahaja. Kuih sikit-sikit yang saya dan kakak beli serta chocolates hasil buruan saya dan mama di kilang Beryll's di Serdang Jaya :D

 Raya tahun  ni jugak kurang memenatkan sebab belum ada lagi yang buat kerja gila menjemput kawan-kawan secara berkumpulan (ramai-ramai).

Memang saya terlalu suka raya tahun ni sebab rasa lebih relaks and lebih bersederhana dari raya sebelum ni. Hopefully akan datang pun macam ni jugak :D

Jadi betullah orang kata "less is more" :D

Lesson learnt: amalkan bersederhana

Saya mohon ampun atas kesilapan saya berkasar dengan kamu, terguris dengan kata-kata saya atau apa sahaja yang menyinggung perasaan kamu.


0 comments:

Post a Comment

 

I Believe, I Share Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos